Friday, August 29, 2008

Pilihanraya Permatang Pauh dengan Perkembangan Demokrasi

Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar dengan memperoleh 15524 undi. Selepas keputusan saluran terakhir diumumkan pada jam 10.05 malam, Anwar terus diisytiharkan sebagai pemenang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Anwar berkata rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk melantiknya sebagai Ketua Pembangkang sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah jawatan ahli Parlimen nanti.
Kemenangan Anwar telah mencatat tanda perkembangan demokrasi dalam negara ini. Selepas pilihanraya 308 Pakatan Rakyat sekali lagi menewas Barisan Nasional. Kemenangan PKR dalam pilihanraya Permatang Pauh telah mennujukkan kewibawaan dan sifat kepimpinan Anwar kian diminati oleh rakyat Malaysia. Kemenangan ini bukan hanya kemenangan Anwar seorang tetapi seluruh rakyat yang mahu melihat demokrasi segar.
Timbalan Pengerusi BN Pulau Pinang Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah berkata BN dan Umno negeri menerima keputusan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dengan hati terbuka dan tenang. Beliau, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, berkata pengundi di Permatang Pauh telah membuat keputusan dan semua pihak harus menghormati pilihan mereka itu. Selain itu, apa yang paling menggembirakan iaitu, pilihanraya kecil ini telah mencerminkan dan membukikan BN mengamalkan sistem demokrasi yang telus tanpa sebarangan manipulasi.
Di samping itu, “One party dominance” tidak kekal dan tidak wujud lagi dalam negara Malaysia dan “two constitution” telah wujud. Tahap demokrasi dalam negara ini telah melangkah satu langkah yang besar ke arah demokrasi. Suatu hari nanti harap-harap Pakatan Rakyat berpeluang untuk memerintah negara dan BN pula memainkan peranan sebagai parti pembangkang. Sekiranya “Change of the ruling party” berlaku dan mekanisme ‘Check and Balance” wujud maka , Malaysia akan menuju kearah demokrasi yang segar.

No comments: