Wednesday, August 13, 2008

Pengawalan Media: Keselamatan negara atau kepentingan politik?

Media yang profesional merupakan komponen penting untuk kestabilan negara demokrasi yang majmuk. Sebagai ‘kekuatan keempat’ (fourth estate), media adalah ‘pelindung demokrasi, pembela kepentingan umum, p penyelewengan pemerintah dan pembela hak-hak demokratik warganegara’.Media berfungsi menyebarkan informasi, meningkatkan kesedaran dan pengetahuan lapisan masyarakat, memajukan dasar pemerintahan dan menyampaikan pendapat-pendapat warga masyarakat. Media berpengaruh dalam pembangunan demokrasi sesebuah negara dan merupakan unsur yang penting dalam penyelesaian konflik dan pembangunan antarabangsa. Media yang bebas dan bertanggungjawab adalah asas demokrasi dan merupakan jaminan kepada ketelusan pemerintahan negara.
Demokrasi dan keselamatan negara pula sering dilihat sebagai pola yang berlawanan. Dari sudut pandangan pemerintah, tuntutan demokrasi yang melampau dianggap menjejaskan keselamatan nasional. Manakala, dari sudut pandangan rakyat pula, kawalan politik dan kekangan kebebasan bersuara yang ketat untuk tujuan keselamatan negara dianggap bercanggah dengan amalan demokrasi. Walau bagaimanapun, demokrasi dan keselamatan negara merupakan dua elemen penting yang tidak harus diabaikan dalam mana-mana sistem politik dengan syarat ruang kebebasan yang ditawarkan kepada semua lapisan masyarakat dalam melaksanakan hak sebagai warganegara adalah berlandaskan kepada ketenteraman dan kesejahteraan bersama.
Untuk mengharmonikan hubungan demokrasi dan keselamatan ini, kepimpinan perlu mementingkan urus tadbir yang baik dan sensitif kepada kehendak dan aspirasi rakyat supaya kepimpinan itu diterima oleh rakyat dan juga masyarakat antarabangsa, kerajaan sentiasa menggunakan alasan menjaga keselamatan Negara untuk mengawal media.
Namun jangan dilupakan juga bahawa barisan peminpim mempunyai tujuan sebaliknya. Alasan-alasan ini sering digunakan untuk mengawal media. Justeru itu media dalam Negara kita adalah tidak bebas. Kebebasan yang diutarakan oleh pemimpin adalah palsu dan tidak seiring dengan realiti. Persoalan di sini adalah kerajaan mengawal media demi kepentingan politik sendiri atau kesejahteraan Negara. Seperti yang dicakap oleh Tun Dr Mahathir dalam majlis mengumunkan Manisfesto Barisan Nasional pada tahun 1999, bahawa negara Malaysia mempunyai banyak kebebasan dan kedaulatan. Tetapi,media telah dikawal dan disekat oleh undang-undang seperti ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), OSA (Akta Rahsia Rasmi), Akta Penerbitan dan Percetakan, dan sebagainya? Pemimpin kita lazim mengkritik kuasa Barat bersikap kurang adil. Misalnya, media antarabangsa yang berasal dari negara maju seperti CNN, BBC, Disney, syarikat media Rupert Murdoch dan sebagainya mempunyai pengaruh dan kekuatan siaran ke seluruh dunia hingga berkesan meminggirkan media tempatan atau nasional yang saiznya kecil. Situasi ini juga menimbulkan kemungkinan berlakunya penjajahan budaya dan ekonomi terhadap negara membangun khususnya.
Pada pendapat kumpulan kami, kawalan media oleh kerajaan adalah bertujuan untuk mempertahan kepentingan politik. Di Malaysia kita sedia maklum bahawa organisasi media gergasi dipegang oleh golongan yang rapat dengan pihak pemerintah, dan ini menerbitkan keadaan di mana pandangan kritis dan alternatif sukar mendapat ruang dan peluang di media arus perdana. Maka, apa yang dipaparkan dalam media adalah ditapis oleh pihak yang berkuasa. Rakyat tidak dapat melihat apa yang sebenarnya berlaku. Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Act) 1960 dianggap zalim, tidak berperikemanusiaan, menentang demokrasi, undang-undang rimba dan sebagainya. Kefahaman mengenai kerangka perlembagaan Negara penting untuk memahami kedudukan akta ISA. Inilah yang memberikan asas kepada undang-undang itu. Namun begitu, daripada segi prinsipnya, akta ISA adalah bertentangan perlembagaan dan konsep kedaulatan undang-undang kerana ia bercanggah dengan peruntukan-peruntukan di bawah kebebasan asasi. Dari segi kedaulatan undang-undang, ISA tidak dapat diterima kerana akta ini membenarkan seseorang ditahan tanpa bicara. Di bawah prinsip kedaulatan undang-undang, seseorang hanya boleh dihukum melalui perbicaraan di mahkamah. Meskipun akta ISA mempunyai kesahan atau alasan di sisi perlembagaan, keadaan tidak mungkin seprti sekarang sekiranya mahkamah-mahkamah kita sejak akta ISA diluluskan pada tahun 1960-an dahulu mengambil pendekatan yang tegas dan kritikal dalam kes-kes di bawah akta itu. Sebaliknya mahkamah mengambil sikap tidak mahu memeriksa dengan teliti alasan penahanan dan seumpamanya. Daripada segi demokrasi, memang benar bahawa sistem berkenaan perlukan sebuah masyarakat yang aman dan stabil supaya ia dapat beroperasi dengan lancar. Tetapi apakah akta ISA ini sinonim dengan kestabilan dan keselamatan negara? Tidak dinafikan bahawa negara ini jika dibandingkan dengan negara-negara lain agak stabil dan aman. Tetapi mestikah itu semua berpunca daripada undang-undang seperti ISA? Ataupun undang-undang seperti ini akan melindungi kepentingan pemimpin politik iaitu mempertahankan kedudukan politiknya.Sebenarnya, peminpin ingin melindungi kuasa politik yang sedia ada dan mereka takut penyelewengan yang dijalankan oleh mereka terbocor. Ahli-ahli politik sentiasa menyeru rakyat jangan menyentuh isu-isu sensitif seperti isu perkauman. Adakah isu perkauman akan mengakibatkan rusuhan kaum dan ketidakstabilan Negara. Para pemimpin sentiasa mengutamkan perpaduan kaum tetapi mengapa barisan nasional mempunyai tiga parti yang berbeza kaum. Kenapakah barisan nasional tidak mahu mencampurkan semua kaum dalam satu parti? Ini kerana jika kerajaan membekalkan kebebasan media melapor secara berleluasa akan membongkar rahsia dan kebenaran sesuatu perkara akan terdedah.
Kesimpulannya, kerajaan menggunakan keselamatan Negara sebagai satu alasan untuk menguasai media tetapi di sebaliknya kuasaan ini sebenarnya merupakan tindakan para pemimpin untuk menyebelah kepentingan dan kedudukan politik mereka. Tujuan sebenarnya media dikawal perlu difikir dan dipersoal oleh semua rakyat.

Enemy of The State

‘Enemy of the state’, sebuah filem yang dihasilkan pada tahun 1998, ia memprotes hak individu dan privasi yang dicebuli oleh pihak berkuasa yang memanipulasi teknologi maklumat demi kepentingan sendiri. Dalam filem tersebut, Robert Clayton Dean yang merupakan watak utama telah diawasi oleh pihak NSA dengan alat-alat canggih seperti remote sensing, satelit dan sebagainya. Kehidupannya terganggu dan dia juga hlang sebarang kebebasan dan privasi. NSA merupakan National Security Agency yang berada di Amerika, agensi ini memantau rangkaian-rangkaian computer dalam agensi persekutuan Amerika Syarikat untuk tujuan keselamatan negara. Tetapi, apa yang kita telah lihat dalam filem ‘Enemy of the State’, fungsi NSA telah disalahgunakan oleh ketua NSA atas alasan keselamtan negara untuk melindungi sendiri daripada jenayah yang telah dilakukan.
Terdapat beberapa persoalan yang kita ingin bincangkan selepas menonton filem ini. Pertama, penyalahgunaan kuasa antara mereka yang berkuasa untuk melindungi hak sendiri dan sanggup mencebuli privasi orang lain. Dalam filem ‘Enemy of the State’, Robert Clayton Dean yang terambil maklumat-maklumat jenayah ketua NSA telah diawasi oleh system NSA. Rumahnya dipasang CCTV, jam, pakaian dan alat-alat yang dibawa olehnya telah diubah oleh pihak NSA. Ketua NSA yang patut menjaga keselamatan negara telah menyalahgunakan kuasanya untuk meblindungi sendiri daripada dihukum. Adakah hal ini patut berlaku? Adakan hak individu boleh dicabuli sekiranya mereka yang berkuasa ingin menlindungi sendiri atas nama menjaga keselamatan negara?
Persoalan yang kedua ialah ketidakseimbangan antara kecanggihan teknologi dan moral. Kecanggihan teknologi pada masa kini sepatutnya membantu kita menjadi lebih baik dan lebih maju, tetapi apa yang kita dapati pada masa kini, jurang antara teknologi dan moral telah semakin besar. Kita dapat mendapati bahawa, ramai orang sanggup menjadi ‘hacker’ untuk mendapatkan kebaikan, ini bukan satu cara yang betul dan ia juga melanggar peraturan. Dalam filem ‘Enemy of the State’ pula, teknologi canggih yang sepatutnya digunakan untuk menjaga keselamatan negara dan dunia telah diyalahgunakan untuk melindungi hak-hak individu yang berkuasa sahaja.
Persoalan yang ketiga, undang-undang dan peraturan telah gagal berfungsi untuk menlindungi rakyat dan telah disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk melindungi hak sendiri. Undang-undang dan peratura yang sepatutnya menjatuhkan hukuman kepada mererka yang bersalah telah gagal berfungsi kepada mereka yang berkuasa. Pihak yang berkuasa sebaliknya menyalahgunakan kuasa dan undang-undang untuk menlindungi sendiri daripada hukuman.