Friday, August 29, 2008

Teknologi komunikasi dan Demokrasi

Teknologi komunikasi dalam demokrasi dan politik?
Teknologi komunikasi sememangnya boleh dikatakan satu anugerah yang telah diberikan kepada pengguna dari sesebuah pihak penciptanya. Maka teknologi kominikasi dapat digunakan oleh semua pengguna tanpa mengira ras, umur, jantina dan segalanya.
Demokrasi mengikut laman web www.wikipedia/demokrasi mengatakan bahawa demokrasi didefinisikan sebagai satu cara pemerintahan yang telah diakui oleh semua orang dan ditentukan oleh rakyat . Pemerintahan ini melalui undian dan pilihan raya.
Pilihanraya bermaksud rakyat mempunyai hak untuk menentukan pemerintah yang akan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin di sesuatu tempat, negeri mahupun Negara.Pilihanraya ini dibuat secara sulit dan telah menggunakan undian.
Masih panas lagi denga topik pilihanraya yang baru-baru diadakan di Permatang Pauh semalam pada 26 Ogos 2008. Pilihan raya ini kebetulan diadakan pada hari bekerja, iaitu selasa, maka hanya terdapat di Pulau Pinang sahaja mempunyai cuti umum. Kebetulan beberapa hari sebelum pilihanraya, kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak anggaran RM0.15 .Maka mungkin dengan penurunan minyak, rakyat dapat meluaskan lagi perjalanan mereka tanpa merungut mengenai kenaikan harga minyak . Siapa tahu?
Teknologi komunikasi boleh digunakan dalam menyebarkan ideologi sesuatu pihak seperti parti politik. Penyebaran ideologi adalah untuk membujuk, mempengaruhi dan menyebarkan infomasi mereka kepada rakyat. Sekarang dunia semakin canggih. Terutama sekali dengan adanya internet yang hanya segala infomasi boleh di akses hanya dengan hujung jari sahaja. Pelbagai ideology sesuatu pihak boleh kita dapati dalam internet.
Personal blog, blog merupakan satu accountibily yang boleh diakses oleh semua orang. Empunya blog boleh menulis dan menyuarakan pendapat mereka dalam blog mereka dan semua orang boleh membacanya.. Hal ini seperti yang dikata oleh Habermas Internet telah mewujudkan satu ruangan yang membolehkan orang ramai mendebat dan mengeluarkan pandangan mereka (Public sphere). Tetapi disebaliknya, sesetengah blog mempunyai kata-kata yang boleh mengukuhkan hegemoni sesuatu pihak, ada juga yang memperagungkan pihak tertentu dan pro kepada seseorang pemimpin Maka dengan blog ini, tercetusnya ideologi dan juga boleh mempengaruhi pembaca yang membaca blog tersebut. Ada juga blog yang cuba memanipulasi sesebuah pihak dan juga menjatuhkan seseorang pemimpin. Kata-kata fitnah dan berita palsu selalu timbul dalam blog. Terdapat kes pada tahun lepas di mana terdapat empunya blog ditahan oleh pihak polis kerana telah dikesan menyebarkan dan cuba menjatuhkan nama seseorang pemimpin. Namun blog yang sering dikatakan personal kini tidak pula bebas.
Malah ketika saya menulis blog ini saya juga berhati-hati untuk menyusun ayat agar tidak melibatkan mana mana parti politik mahupun pemimpin. Oleh sebab internet telah mempunyai penapisan, maka blog juga mempunyai tahap menyuarakan pendapat. Hak untuk menyuarakan pendapat melalui blog juga kadang kadang sesetengah orang merasakan agak terbatas. Apa pendapat anda?
Laman web terlalu banyak dalam internet hal ini telah mempelbagaikan maklumat yang boleh diperoleh oleh orang ramai (diversiti). Jika anda dapati , sesetengah pihak cuba untuk mengukuhkan hegemoni dan menyebarkan ideologi mereka melalui laman web. Ada laman web yang cuba menyebarkan infomasi mengenai kebaikan yang mereka jalankan kepada rakyat. Ada juga laman web yang mengutuk sesebuah pihak dan cuba menjatuhkan sesebuah pihak. Namun terdapat juga strategi yang digunakan oleh sesuatu organisasi agar membataskan penggunaan internet ke atas sesuatu tempat agar pengguna internet tidak dapat melayari internet sepenuhnya. Terdapat juga institusi pengajian yang menyekat banyak laman web agar tidak dapat dilayari oleh pelajar. Adakah anda juga mempunyai masalah seperti ini?
Dunia media massa yang bertukar dari analog ke digital ini semakin diminati oleh semua. Banyak perkara boleh dikongsi dalam internet seperti pemaparan video kedalam YouTube. Anda sebagai pengguna internet dapat melihat pelbagai video yang dikehendaki dalam You Tube atau laman web yang lain. Maka sesetengah pihak menagambil kesempatan kebebasan ini untuk menayangkan kelemahan sesuatu pihak atau individu. Ada juga yang cuba menjatuhkan nama dan menyebarkan berita palsu.
Penggunaan sms dalam penyebaran maklumat terbukti dapat diterima semua orang. Dengan penyebaran maklumat melalui sms ini, penerimaan secara meluas terhadap golongan sasaran tanpa mengira kehendak penerima. Contohnya mesej yang diberikan secara rambang untuk dalam penyebaran berita, ganjaran kepada pengguna talian telefon bimbit.
Penggunaan teknologi ini digunakan secara meluas dalam memberikan maklumat kempen dalam pilihanraya. Contohnya dalam pilihanraya umum Malaysia ke12 yang lepas, pihak parti yang bertanding dalam pilihanraya telah memberikan mesej secara rambang dalam kempen melalui sms.
Penggunaan media massa juga adalah salah satu daripada contoh aksessibiliti yang dapat dilihat. Penggunaan media adalah penting dalam memanipulasi apa yang akan dikeluarkan kepada pengguna. Dalam pilihanraya kecil permatang pauh yang lepas, kita dapat melihat strategi kerajaan dalam menggunakan akhbar bagi berkempen untuk pilihanraya.
Jika kita melihat kembali kepada media cetak sekarang ini adakah ia menyuburkan lagi demokrasi dengan kemunculan akhbar-akhbar yang baru? Pernyataan ini boleh dipertikaikan kerana kewujudan media sekarang ini bukanlah diatas tangungjawab sosial mereka kepada masyarakat, tetapi lebih beorientasikan kepada kepentingan sesetengah pihak contohnya dimalaysia ini dimana kita melihat hampir kesemua akhbar harian lebih cenderung untuk memperjuangkan hak-hak dan nasib sesetengah pihak sahaja, baik di pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang.Adakah ini dikatakan demokratik?
Disaat kita menyambut kemedekaan yang ke 51, marilah kita bersama merenung kembali bahawa adakah kita ini benar-benar mempraktikkan sistem demokrasi dengan sewajarnya. Dengan halangan dan kekangan yang dihadapi, kesuburan demokrasi itu semakin hari semakin terhakis disebabkan oleh sesetengah pihak itu ingin mempertahankan apa yang mereka inginkan hatta dengan cara apa sekalipun. Kita mengambil contoh dalam pilihanraya yang terbaru ini, di parlimen permatang pauh, jentera kerajaan mengunakan sepenuhnya kuasa yang ada di tangan mereka demi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Dengan mengunakan akhbar-akhbar arus perdana yang dikuasai oleh mereka sama ada melalui pemilikan saham atupun melalui akta-akta yang digenggam oleh mereka, mereka menafikan hak pihak disebelah sana untuk mendapatkan ruangan yang sama adil dalam kempen yang dijalankan. Adakah akhbar kita berdemokrasi?
Semestinya tidak! Lihat kepada sejarah penerbitan yang berlaku dimalaysia ini. Buku The Malay Dilemma yang ditulis oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir yang ditulis pada 1961 diharamkan sehingga 1981 atas alasan mengandungi unsur-unsur yang tidak menyenangkan. Surat khabar mingguan Watan pula telah diharamkan pada 1987 selepas Operasi Lalang. Begitu juga dengan nasib Mingguan Bumi. Akhbar Harakah pula dihadkan kekerapannya daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan pada Mac 2000 dan tidak boleh dijual secara terbuka(kini boleh diterbitkan dua kali seminggu). Permit akhbar juga boleh ditarik dengan mudah kerana ia perlu diperbaharui setiap tahun. Ini semua adalah disebabkan Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar 1984.

Adakah teknologi yang terdapat dalam komunikasi ini betul-betul demokrasi? Tepuk dada tanyalah selera!

Pilihanraya Permatang Pauh dengan Perkembangan Demokrasi

Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar dengan memperoleh 15524 undi. Selepas keputusan saluran terakhir diumumkan pada jam 10.05 malam, Anwar terus diisytiharkan sebagai pemenang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Anwar berkata rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk melantiknya sebagai Ketua Pembangkang sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah jawatan ahli Parlimen nanti.
Kemenangan Anwar telah mencatat tanda perkembangan demokrasi dalam negara ini. Selepas pilihanraya 308 Pakatan Rakyat sekali lagi menewas Barisan Nasional. Kemenangan PKR dalam pilihanraya Permatang Pauh telah mennujukkan kewibawaan dan sifat kepimpinan Anwar kian diminati oleh rakyat Malaysia. Kemenangan ini bukan hanya kemenangan Anwar seorang tetapi seluruh rakyat yang mahu melihat demokrasi segar.
Timbalan Pengerusi BN Pulau Pinang Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah berkata BN dan Umno negeri menerima keputusan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dengan hati terbuka dan tenang. Beliau, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, berkata pengundi di Permatang Pauh telah membuat keputusan dan semua pihak harus menghormati pilihan mereka itu. Selain itu, apa yang paling menggembirakan iaitu, pilihanraya kecil ini telah mencerminkan dan membukikan BN mengamalkan sistem demokrasi yang telus tanpa sebarangan manipulasi.
Di samping itu, “One party dominance” tidak kekal dan tidak wujud lagi dalam negara Malaysia dan “two constitution” telah wujud. Tahap demokrasi dalam negara ini telah melangkah satu langkah yang besar ke arah demokrasi. Suatu hari nanti harap-harap Pakatan Rakyat berpeluang untuk memerintah negara dan BN pula memainkan peranan sebagai parti pembangkang. Sekiranya “Change of the ruling party” berlaku dan mekanisme ‘Check and Balance” wujud maka , Malaysia akan menuju kearah demokrasi yang segar.