Friday, September 19, 2008

ISA ( Internal Security Act)

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 atau Internal Security Act merupakan undang-undang yang digunakan untuk menangani ansir-anasir pengganas yang akan bakal membawa ancaman kepda keselamatan negara . Ia disifatkan demokrasi dan digunakan oleh pihak kerajaan pada masa kini sebagai suatu dakwaan bahawa kewujudan ISA adalah wajib dan ingin mempertahankan keselamatan serta keharmonian masyarakat . Namun , adakah ia berfungsi sebagaimana yang didakwa oleh mereka ?
ISA yang wujud di Malaysia pada hari ini bukan lagi bersifat demokrasi . Mengikut hujah yang disampaikan oleh Ahli Majlis tertinggi Keadilan , Tian Chua menegaskan bahawa kerajaan Barisan National ( BN ) menggunakan ISA untuk menangkap orang yang tidak bersalah atau tidak kena-mengena dengan ancaman keselamatan negera . Menurut beliau , ramai tahanan ISA dalam kalangan orang politik , aktivis , masyarakat NGO yang sebenarnya memperjuangkan kebenaran dan ingin memperbaiki keadaan masyarakat menjadi mangsa tahanan ISA . Perkara yang berlaku beberapa hari yang lalu , iaitu 12 September 08 , terdapat 3 orang telah ditahan di bawah akta ISA . Wartawan Sin Chew Daily , Tan Hoon Cheng ditahan dengan tuduhan bahwa beliau melaporkan ucapan yang mempunyai baur perkauman yang berkaitan dengan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail. Beliau mendakwa kaum Cina ‘ menumpang’ di negara ini .
Seterusnya mangsa-mangsa seperti bloger atau editor Malaysia Today ,Raja Petra Kamaruddin dan juga ahli Parlimen DAP , Teresa Kok juga masih ditahan di bawah akta ISA . Media yang sepatutnya menjadi alat sfera awam tidak lagi berfungsi sedemikian . Wartawan seperti Tan Hoon Cheng yang ingin menyampaikan hujah yang benar didakwa dan dituduh salah laku . Persoalannya, bukankah media bertindak ‘ check & balance’ antara rakyat dengan kerajaan . Penyalahgunaan ISA oleh kerajaan pada masa kini adalah sebagai suatu peghinaan kepada demokrasi di Malaysia .
ISA kini sudah berubah mencaburi prinsip hak asasi manusia jika dibandingkan undang-undang yang zalim seperti Akta Rahsia Rasmi ( OSA ) ,Akta Hasutan ,Akta Penerbitan & Mesin Cetak ( PPPA ). Ia tidak sepadan dengan perlindungan hak asasi manusia , dan lazimnya digunakan oleh pihak polis untuk mengugat kedudukan pemerintah tanpa bukti-bukti nyata dan sahih . Keadaan sedemikian serupa dengan Operasi Lalang , 1998 yang menggunakan alasan agama dan perkauman dan ia dioerkukuhkan melalui media .
Kesan traumanya ialah rakyat tidak lagi percayai kepeda kerajaan dan membangkitkan perasaan marah dan berdengki dengan tindakan kerajaan . Persoalannya , ISA yang sepatutnya berperanan melindungi keselamatan negera kini telah bertukar sebagai mengugat ketenteraman negara. ISA yang sepatutnya bersifat demokrasi dan melindungi hak asasi manusia tidak lagi berupaya menjalankan peranan yan sewajarnya kerana telah disalahgunakan oleh pihak tertentu yang mementingakn kebaikan diri .ISA tidak lagi mendapat tempat kedudukan dalam Malaysia kini . Malah ia menjadi suatu ancaman kepada keharmonian masyrakat .

Wednesday, September 17, 2008

Adakah Teknologi Sahaja Memadai Membawa Myanmar ke Arah Demokrasi?

Teknologi membantu ke arah yang demokrasi? Memang tidak dapat dinafikan bahawa teknologi dapat membawa ruang yang lebih luas untuk memberi pandangan dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif. Tetapi adakah perkara ini berlaku di semua negara sama ada negara yang demokrasi, negara totalitarian ataupun negara sosialis. Apa yang menjadi hairan ialah walaupun negara yang demokrasi juga bukan semua laman web yang boleh dilayari. Selain itu, bagaimana pula dengan kawasan pedalaman yang tidak dapat akses kepada internet? Jika bukan semua tempat yang dapat mengakses kepada internet, sejauh manakah teknologi dapat memberi peluang kepada rakyat untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi? Hal ini telah menghalang kita untuk menuju ke arah yang lebih demokratik kerana tidak terdapat kepelbagaian pendapat dan tanggungjawab.

Negara Myanmar telah menghadkan penggunaan teknologi di negaranya sehingga perlunya lesen untuk memiliki komputer di negaranya. Jadi, di sinilah kita dapat melihat bahawa penggunaan teknologi adalah rendah di negara tambahan pula rakyatnya yang miskin adalah tidak mampu untuk membeli alat komunikasi. Oleh tu, hal ini boleh mengehadkan rakyat menuju ke arah demokrasi. Jadi, sesungguhnya dengan adanya teknologi, mereka juga tidak mampu bergerak ke arah yang lebih demokrasi kerana dikawal oleh pihak pemerintah tentera. Maka, dalam pergerakan ke arah yang lebih demokrasi di negara Myanmar, teknologi sahaja adalah tidak memadai.

Persidangan ASEAN turut mendesak kerajaan totalitarian itu untuk mempercepatkan pendemokrasian Myanmar. Rundingan telah dibuat, namun masih tidak terdapat keputusan dapat dibuat atas dasar-dasar yang tidak mencampuri hal dalaman sesebuah negara. Akan tetapi, masalah ini telah dibawa ke peringkat global iaitu PBB. PBB telah menghantar Ibrahim Gambari untuk membuat rundingan dengan kerajaan dalam proses pendemokrasian negara. Tetapi malangnya, kedua-dua rundingan tersebut turut mengalami kegagalan. Dan kini, United States dan United Kingdom telah berputus hubungan dengan Myanmar dan menyeru agar sekatan ekonomi ke atas negara Myanmar jika mereka masih enggan menyerahkan kuasa. Negara yang berdekatan dengan Myanmar seperti India, China, dan Thailand turut diseru mendesak kerajaan itu. Walaubagaimanapun, kerajaan itu masih berkeras kepala. Mengapakah sebuah negara itu semakin berani bertindak sedemikian walaupun telah didesak oleh banyak pihak terutamanya kuasa besar. Persoalan ini patut kita tahui. Adakah negara-negara lain yang sedang membantunya? Negara mana pula yang berbuat demikian?

Oleh itu, hanya berpadu teknologi sahaja adalah tidak dapat membantu negara Myanmar menuju ke arah demokratik. Institusi antarabangsa turut memainkan peranan dalam proses pendemokrasian di negara Myanmar.

Friday, September 12, 2008

Political Apathy : Mengapa anda tidak mahu mengambil tahu

Apakah yang anda faham tentang demokrasi? Sejauhmanakah anda sudi melakukan sesuatu bagi melibatkan diri anda dalam demokrasi? baca suratkhbar? dengar berita? adakah ini cukup bagi anda mendakwa bahawa diri seorang mahasiswa dan mahasiswi USM yang ambil berat ke atas isu-isu negara?
Atau kami hanya biarkan pihak media ,ahli-ahli politik menyuapkan kami tentang apakah yang perlu kami tahu, apa yang kami tak perlu tahu dan biarkan mereka buat keputusan yang penting bagi kami?
Persoalan di sini adalah sejauhmanakah anda mengambil berat terhadap isu-isu politik dan melibatkan diri anda dalam political movement? Mengapa anda tidak mahu ambil tahu?
Di sini terdapat beberapa soalan
1) Adakah anda ambil berat terhadap isu-isu politik
2) Sekiranya ya, apakah yang lakukan?
3) Sekiranya tidak mengapa anda tidak mahu ambil tahu?
4) Apakah yang menyebabkan anda mempunyai perasaan ini?

Sila menjawab soalan di atas ……

Good Night & Good Luck

Selamat bertemu kembali dalam lembaran kedua ini. Diharapkan anda semua masih ingat lagi tulisan pertama saya untuk blog ini selang beberapa minggu yang lalu dan kita akan meneruskan perbincangan dengan lebih mendalam serta terperinci buat kali ini. Perlu diingatkan bahawa tema penulisan saya tetap berlandaskan isu teknologi komunikasi dan demokrasi, tetapi tumpuan lebih cenderung ke arah mempertikaikan keperluan ataupun keberkesanan sebenar penggunaan teknologi komunikasi dalam usaha memantapkan kesedaran demokrasi sesebuah masyarakat.Dalam erti kata lain, saya tidak memperlihatkan keleluasaan penggunaan teknologi komunikasi seperti televisyen, telefon bimbit, komputer mahupun internet sebagai satu petunjuk kematangan demokrasi memandangkan demokrasi pada asasnya adalah nilai kesedaran dan kepercayaan rohani yang seharusnya lahir dari hati setiap individu secara jujur dan tulus ikhlas. Pada pendapat saya, demokrasi tidak akan bermakna jikalau ramai di antara kita yang merupakan pengguna teknologi komunikasi tidak memiliki pemahaman dan penyelamian sebenar ke atas nilai kesedaran ini serta mempraktikkannya menerusi nilai hidup yang positif, meskipun kemajuan bidang teknologi komunikasi telah membebaskan dunia daripada kongkongan sempadan nyata. Jangan lupa bahawa teknologi komunikasi tidak akan berjiwa demokrasi secara sendirinya dan nilai kebebasannya adalah tertakluk kepada individu yang mengoperasi mahupun menggunakannya secara rasional, saksama serta bertanggungjawab dengan berbekalkan nilai kesedaran yang tertanam di dalam sanubari.Untuk membuktikan pernyataan ini, marilah kita bersama-sama membincangkan filem “Good Night & Good Luck”.
Kepada para pelayar dan pembaca yang setia mengikuti perkembangan paparan blog ini, saya pasti anda sedia maklum bahawa ini merupakan kali kedua elemen filem dipilih sebagai topik penulisan.Walau bagaimanapun, perlu dinyatakan di sini terlebih dahulu bahawa filem perbincangan sebelum ini, iaitu “Enemy of The State” adalah berbeza daripada “Good Night & Good Luck” dari segi kandungan dan impak memandangkan keseluruhan jalan cerita serta mesej yang ingin disampaikan adalah berlainan di antara satu sama lain meskipun kedua-duanya memperlihatkan hubungkait sesama teknologi komunikasi dan demokrasi. Filem “Enemy of The State” jelas memaparkan watak utama sebagai mangsa kemajuan teknologi komunikasi apabila peralatan-peralatan moden yang canggih digunakan oleh pihak berkuasa bagi menyekat kebebasan individu tertentu semata-mata untuk mencapai kepentingan politik sendiri sementara “Good Night & Good Luck” pula mengisahkan kewibawaan seseorang wartawan televisyen dalam menentang ketidakadilan masyarakat di samping membawa nafas baru kepada arena berita televisyen agar teknologi komunikasi berupaya berfungsi memanfaatkan orang ramai.Oleh itu, isu teknologi komunikasi yang diperlihatkan menerusi kedua-dua filem ini adalah berlandaskan perspektif, situasi dan latar belakang yang berbeza mengikut corak penyampaian yang tersendiri.
Mengambil ilham daripada kisah sebenar dalam sejarah dunia televisyen Amerika Syarikat, filem “Good Night & Good Luck” arahan George Clooney, antara pelakon terbagus dan pengarah paling berbakat pada masa ini sememangnya telah berjaya menyedarkan kita semua agar memikir kembali nilai kebebasan media yang sedia ada di negara ini dan pada masa yang sama mencerminkan kepentingan etika serta prinsip perjuangan seseorang wartawan media dalam usaha merealisasikan impian sejagat. Sebagai anak kepada bekas pembaca berita di Cincinnati, George Clooney ternyata arif dengan medan pertempuran media dan peka dalam memaparkan realiti kerjaya wartawan televisyen menerusi skrin panggung wayang. Bukan setakat itu sahaja, kreativiti dan keupayaan beliau dalam mencipta gaya filem sendiri dengan menerapkan suntingan video lama ke dalam paparan filem sebenar dan menggunakan warna hitam putih sebagai latar belakang paparan keseluruhan filem turut memperlihatkan bakat pengarahan yang terpendam di dalam dirinya selama ini.Kesemua keistimewaan di atas secara tidak langsung telah membawa pulang anugerah dan pengiktirafan dalam dunia perfileman kepada George Clooney.
Filem “Good Night & Good Luck” secara umumnya merupakan sebuah filem yang mengimbas kembali kisah perjuangan sebenar salah seorang wartawan televisyen paling berwibawa di Amerika Syarikat.Ia berlaku sekitar 1950-an iaitu ketika berakhirnya Perang Dunia Ke-2 dan bermulanya Perang Dingin dengan ideologi timur dan barat masih lagi bercanggah sesama lain dan fahaman komunisme dianggap sebagai ancaman besar kepada Amerika Syarikat.Justeru itu, Senator Joseph McCarty dari Parti Republican telah menjalankan usaha pemburuan dan penyiasatan secara kolektif untuk membasmi para pengikut fahaman komunisme dalam negara bagi memastikan keselamatan negara terjamin. Walau bagaimanapun, usaha ini telah menimbulkan kebimbangan dan ketakutan dalam kalangan masyarakat setempat memandangkan
mana-mana individu boleh dijadikan sasaran siasatan tanpa sebarang sebab khususnya mereka yang berbangsa minoriti dan berstatus ekonomi rendah. Fenomena ini sudah tentu mendapat perhatian wartawan dan pengacara terkenal NBC, iaitu Edward R. Murrow dan beliau bersedia untuk mempertikaikannya menerusi rancangan “See It Now”.Konflik muncul apabila seorang tentera udara pelapis muda yang bernama Milo Radulovich tiba-tiba dilucutkan jawatan atas alasan ayahnya pernah membaca suratkhabar Serbia yang cenderung ke arah fahaman komunisme dan tentera muda ini langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri. Edward R. Murrow dan rakan seperjuangan yang juga merupakan penerbit rancangan, Fred W Friendly membuat keputusan untuk menghasilkan laporan eksklusif mengenai isu ini kerana mereka merasakan bahawa institusi media adalah bertanggungjawab untuk memaparkan kebenaran kepada para penonton dan pada masa yang sama menyedarkan semua lapisan masyarakat tentang tindakan McCarthy yang melanggar hak asasi manusia. Dalam usaha untuk menyiarkan laporan eksklusif ini, Edward Murrow bersama-sama Fred Friendly dan pasukan seperjuangan terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan baik dari pihak pentadbir stesen televisyen, pihak berkuasa mahupun Senator McCarthy sendiri di mana pada suatu ketika Murrow perlu berdebat dan berbahas dengan McCarthy melalui kaca televisyen.Malah, salah seorang daripada rakan seperjuangan mereka telah membunuh diri kerana tidak tertahan dengan salah faham dan pandangan serong orang luar. Bagaimanapun, Murrow tidak pernah berputus asa dan tetap berpegang teguh kepada prinsip kerjaya sendiri bagi memperjuangkan kebebasan media yang menjadi kepercayaan selama ini.Perjuangan beliau ternyata berbaloi apabila Milo Radulovich telah dipulihkan jawatan sementara Senator Joseph McCarthy pula disiasat dan diambil tindakan atas penyalahgunaan kuasa.Meskipun matlamat perjuangan berjaya dicapai, namun Murrow dan Friendly tetap perlu menghadapi hukuman penurunan pangkat yang diperintahkan oleh pihak atasan stesen televisyen.Cerita tidak memberikan kemenangan nyata kepada mana-mana pihak tetapi jelas menonjolkan kewibawaan dan keberanian seorang wartawan idealis dalam mempertahankan pegangan nilai diri sendiri disertai persoalan-persoalan yang berupaya mendorong kita untuk memikir semula makna sebenar kebebasan dan demokrasi dalam kehidupan realiti.
Renung kembali usaha pemburuan dan rancangan penyiasatan Senator Joseph McCarthy secara membuta tuli ke atas suspek fahaman komunisme yang menjadi punca utama kepada konflik dalam filem, sekali lagi pergelutan di antara isu keselamatan nasional dengan isu kebebasan individu dipaparkan sebagai agenda perbincangan sepertimana yang diperlihatkan menerusi jalan cerita filem “Enemy of The State”.Pihak pemerintah yang memiliki kuasa pentadbiran di dalam sesebuah negara sering menjadikan isu keselamatan nasional dan kesejahteraan masyarakat sebagai alasan untuk menjalankan pemantauan dan penyekatan terhadap kebebasan rakyat bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga mental dan ruangan kehidupan.Filem “Enemy of The State” dengan ketaranya telah memaparkan watak lelaki utama sebagai mangsa kawalan kerajaan secara fizikal menerusi ciptaan teknologi komunikasi yang canggih sehingga kehidupan biasa dilandai ketakutan dan kebimbangan yang tidak pernah dijangka selama ini semata-mata demi kepentingan keselamatan negara. Senario yang serupa turut dicerminkan melalui filem “Good Night & Good Luck” apabila individu-individu yang disyaki memiliki kecenderungan ke arah fahaman komunisme dituduh, disiasat, ditahan serta dilucutkan jawatan tanpa bukti yang kukuh dan langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri hanya kerana mereka mungkin merupakan pengganas ataupun penceroboh yang akan memudaratkan negara. Adakah benar individu-individu seperti watak lelaki dalam “Enemy of The State” dan Milo Radulovich mempunyai keupayaan untuk memusnahkan kesejahteraan masyarakat dan perlukah mereka sebagai seorang manusia diseksa serta diabaikan hak menjalani kehidupan biasa disebabkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas dan tidak terbukti? Bukankah prinsip asas demokrasi telah menyatakan bahawa hak asasi manusia merupakan nilai terpenting yang perlu mendapat jaminan sepanjang masa dan mengapa pula Amerika Syarikat yang sering melaung-laungkan demokrasi masih lagi menjalankan pengintipan, penyekatan dan penyiasatan secara terlindung ke atas rakyat dengan alasan keselamatan negara perlu diutamakan? Adakah tujuan sebenar usaha-usaha sedemikian dijalankan hanya disebabkan kebimbangan ke atas keselamatan nasional ataupun ia sebenarnya lebih cenderung ke arah mempertahankan kepentingan politik pihak berkuasa? Persoalan-persoalan sedemikian secara tidak langusung telah membuka mata kita untuk melihat dengan lebih mendalam lagi senario demokrasi di negara ini yang mana pihak kerajaan sering menggunakan alasan kesejahteraan masyarakat dan ketenteraman negara untuk menyekat kebebasan bersuara lapisan sosial khususnya ke atas isu-isu politik, perkauman dan keagamaan dengan anggapan bahawa agenda-agenda ini adalah sensitif. Adakah benar isu-isu ini bersifat sensitif dan memiliki potensi untuk memusnahkan persefahaman kaum yang sudahpun lama terbina? Kita sering terpedaya dengan amaran ataupun ugutan pihak kerajaan bahawa perbincangan ke atas isu-isu ini akan menjejaskan kesejahteraan domestik tanpa menyedari bahawa ia pada hakikatnya merupakan salah satu muslihat golongan berkuasa untuk mengukuhkan lagi kedudukan sendiri dan mengelakkan kepentingan politik yang sedia ada daripada dicerobohi. Agenda-agenda yang dikatakan sensitif ini tidak semestinya menimbulkan konflik dan persengketaan dalam negara, sebaliknya berupaya menawarkan ruangan kepada semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan pemahaman sesama lain dan seterusnya membentuk semangat perpaduan yang lebih kukuh seiringan dengan kesedaran sosial sejagat. Inilah kebimbangan sebenar kerajaan kerana nilai persefahaman yang lebih teguh sesama rakyat terhadap latar belakang dan nilai hidup mereka secara tidak langsung akan mengugat kekuatan politik sedia ada dan justeru itu sekatan dilaksanakan. Senator Joseph McCarthy pula pada masa yang sama menjadikan usaha pemburuan ke atas pengikut fahaman komunisme sebagai pentas utnuk menonjolkan kewibawaan dan kecenderungan politik sendiri.Menerusi kenyataan-kenyataan di atas, adalah jelas bahawa isu keselamatan negara telah dimanipulasikan oleh ahli-ahli politik dalam usaha mencapai matlamat politik sendiri dan bukannya demi kepentingan negara.
Kematangan demokrasi Amerika Syarikat sekitar 1950-an sekali lagi dilapisi pertikaian melalui paparan filem ini apabila industri media yang beroperasi dalam bentuk korporat dicerminkan sebagai entiti perniagaan yang gagal berperanan secara bebas dan masih dipengaruhi oleh kuasa-kuasa luaran.Ini jelas terbukti apabila usaha Edward Murrow dalam melaporkan kisah Milo Radoluvich telah ditentang dan dicabar bukan sahaja oleh pihak atasan, tetapi turut melibatkan pihak tentera, kerajaan dan penaja iklan atas alasan perundangan serta penglibatan mereka dalam pelaburan stesen televisyen berkenaan. Adalah amat mendukacitakan untuk mengetahui kewujudan fenomena ini tetapi ia merupakan realiti sebenar dalam dunia penyiaran sejak dahulu lagi dan masih berlanjutan sehingga kini. Saluran-saluran media khususnya stesen televisyen tidak lagi diperlihatkan sebagai pelantar yang berupaya memaparkan kebenaran dan menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat, tetapi lebih cenderung ke arah komersialisme yang bertujuan mengaut keuntungan di samping mengukuhkan kekuasaan pihak-pihak tetentu.Keadaan bertambah buruk lagi berikutan kemunculan syarikat-syarikat konglomerat dan transnasional yang berjaya memonopoli industri media antarabangsa dengan kebanyakan daripada rakan kongsi perniagaan mereka adalah terdiri daripada individu-individu mahupun korporat-korporat yang mendominasi kekuasaan politik dan ekonomi semasa.Hal ini telah membolehkan pihak-pihak berkuasa tersebut menggunakan ruang penyiaran yang sedia ada untuk menyekat informasi-informasi ataupun laporan-laporan berita yang bercanggah dengan kepentingan diri daripada tersebar luas.Dalam erti kata lain, media kini bukan lagi ruangan kebebasan yang menghimpunkan masyarakat untuk mengadakan perbincangan terbuka terhadap isu-isu awam, tetapi satu litupan kawalan yang bertujuan untuk menerapkan ideologi-ideologi tertentu dan pada masa yang sama memantapkan lagi kekuatan para pemilik.Jadi, ke mana perginya fungsi dan peranan saluran media khususnya televisyen dalam konteks filem ini sebagai “Estet Keempat” yang berupaya memantau penyelewengan barisan pemerintah? Ke mana pula prinsip-prinsip industri media yang menjanjikan keprihatinan terhadap golongan masyarakat bawahan dan pembekalan ruangan kebebasan perbincangan kepada semua lapisan masyarakat sepertimana yang dinyatakan dalam konsep “Sfera Awam” oleh Habermas? Mengapakah Edward Murrow sebagai seorang wartawan televisyen yang pentingkan nilai kemanusiaan perlu diugut dan dihukum atas laporan berita yang sah dan benar? Jawapan kepada kesemua persoalan ini secara tidak langsung telah membuktikan kebenaran pandangan sarjana-sarjana Frankfurt School seperti Adorno dan Hockheimer yang melihat kemunculan masyarakat massa sebagai bentuk penindasan ke atas rakyat yang berubah daripada entiti kenegaraan kepada para kapitalis.Malangnya, industri media kini bukan sahaja dikuasai oleh kumpulan-kumpulan perniagaan tertentu, tetapi turut menghadapi kawalan yang ketat daripada pihak pemerintah, justeru itu pekerja-pekerja media boleh dikatakan sebagai mangsa sekatan yang terperangkap dalam lingkupan politik dan ekonomi.
Dalam situasi di mana persekitaran industri media adalah dikawal oleh golongan-golongan tertentu menerusi kelebihan politik, ekonomi dan kuasa, nilai kepercayaan, keyakinan dan kesetiaan para pekerja media terhadap prinsip kebebasan media dan hak kesamarataan manusia merupakan benteng pertahanan terakhir dalam memastikan kelangsungan riwayat nilai demokrasi.Kewibawaan yang ditunjukkan oleh Edward Murrow menerusi filem ini bukan merujuk kepada kejayaan beliau dalam membuktikan salahlaku Senator McCarthy dan membawa isu penindasan ini ke atas meja perbincaraan, tetapi keberanian dan keazaman yang mendorong Murrow melaporkan berita eksklusif ini meskipun menghadapi pelbagai rintangan daripada pihak luar.Kepercayaan teguh Murrow terhadap kebebasan laporan berita dan keazaman beliau untuk memberikan keprihatinan terhadap golongan terpinggir menerusi paparan televisyen disertai keberanian beliau dalam merealisasikan impian sendiri sememangnya adalah mesej utama yang ingin dicerminkan melalui filem “Good Night & Good Luck”.Keupayaan beliau dalam membebaskan diri daripada kongkongan realiti dan meneruskan perjuangan ke atas kebebasan media seharusnya diberikan penghormatan dan disanjung tinggi memandangkan nafas baru dalam arena berita televisyen perlu dibawa masuk oleh seseorang yang memiliki keberanian dan kesungguhan demi kesejahteraan bersama. Namun, adakah semua wartawan mempunyai keazaman ataupun keyakinan yang sama dengan Murrow? Adakah mereka berupaya menjauhkan diri daripada terpengaruh dengan kemewahan dan kekuasaan apabila keseluruhan industri media semakin cenderung ke arah komersialisasi serta hiburan? Dan adakah pekerja-pekerja media kini memahami makna sebenar nilai demokrasi serta rela berkorban untuknya? Soalan-soalan di atas sudah cukup untuk memberi gambaran kepada anda bahawa realiti lazimnya adalah bertentangan dengan keadilan dunia dan keperibadian-keperibadian yang kita perlukan dalam diri seseorang pekerja media semakin hari semakin luntur akibat peredaran masa walaupun masyarakat memerlukan mereka untuk membawa perubahan. Justeru itu, adalah wajar Edward Murrow sebagai seorang idealis yang mempunyai pegangan teguh dihormati dan disanjung tinggi sepanjang masa. Bagaimanapun, perlu kita ingat juga bahawa suasana kebebasan media di Amerika Syarikat adalah berbeza daripada apa yang terdapat di Malaysia. Keupayaan Murrow dalam melaporkan isu-isu kontroversi menerusi saluran televisyen dan kejayaan laporan peristiwa “Watergate” telah membuktikan bahawa meskipun wujudnya kongkongan-kongkongan tertentu dalam industri berita Amerika Syarikat, namun sekurang-kurangnya sesuatu insiden itu akan diberikan peluang dan ruangan untuk dipaparkan terlebih dahulu sebelum dibincang, disiasat dan disahkan kebenarannya demi kepentingan bersama. Di negara kita pula, para wartawan bukan sahaja dipantau dan dikawal ketika penulisan berita dijalankan, akta-akta seperti Akta Rahsia Rasmi 1972 telah digubal khas untuk menafikan hak wartawan ataupun institusi media dalam mendapatkan bukti-bukti dakwaan yang dianggap sebagai dokumen-dokumen sulit kerajaan meskipun penyelewengan sememangnya berlaku. Oleh itu, seruan kerajaan supaya kebebasan dan keselamatan wartawan media perlu diberikan jaminan ketika pilihan raya Permatang Pauh dijalankan hanyalah janjian politik sahaja memandangkan sekatan perundangan selama ini telah mengakibatkan wartawan tempatan kehilangan ruangan kebebasan untuk memaparkan kebenaran di hadapan mata para pembaca mahupun penonton dan lazimnya mereka terpaksa akur dengan realiti industri media Malaysia meskipun ia bertentangan dengan nilai kepercayaan kerjaya mereka.
Setelah banyak berbincang mengenai isu-isu yang ditimbulkan melalui filem “Good Night & Good Luck”, kini kita kembali kepada persoalan utama dalam penulisan saya iaitu adakah teknologi komunikasi merupakan satu keperluan dalam memantapkan lagi pemahaman lapisan masyarakat ke atas nilai demokrasi dan adakah ia berkesan dalam mencapai matlamat ini? Secara jujurnya, saya tidak dapat menafikan peranan yang dimainkan oleh teknologi komunikasi dalam meningkatkan tahap pengaksesan masyarakat umum ke atas informasi-informasi semasa khususnya pada zaman 1950-an di mana televisyen masih lagi dianggap sebagai ciptaan baru dan memiliki litupan penyebaran yang luas tetapi adakah dengan kelebihan pengaksesan ini sahaja dunia telah memasuki era yang demokrasi ataupun bebas secara sepenuhnya? Jangan kita abaikan bahawa isi kandungan yang dipaparkan menerusi teknologi komunikasi mempunyai pengaruh yang lebih mendalam ke atas kesedaran demokrasi masyarakat dan jikalau agenda-agenda yang disiarkan telah diubahsuai ataupun ditapis untuk memenuhi kepentingan pihak pemilik, adakah demokrasi yang diperlihatkan bernilai dan bermakna meskipun tahap pengaksesan ke atas maklumat adalah tinggi? Justeru itu, saya yakin dengan pendapat diri bahawa teknologi komunikasi bukanlah satu kemestian dalam memantapkan nilai demokrasi, sebaliknya pemangkin kepada penyebaran nilai ini memandangkan pemahaman dan penghayatan sebenar ke atas makna demokrasi adalah tertakluk kepada tahap kesedaran setiap individu dalam sesebuah masyarakat dengan berlandaskan ilmu dan pengalaman hidup yang sedia ada.Hal ini bermakna kesemua lapisan masyarakat perlu mempunyai persefahaman yang selaras terhadap nilai demokrasi terlebih dahulu sebelum teknologi komunikasi boleh diaplikasikan ke atas diri mereka bagi membentuk persekitaran media dan suasana hidup yang bebas serta seimbang. Oleh yang demikian, sistem kemasyarakatan dan gaya pemikiran yang sedia ada perlu diubahsuai agar penyelamian yang lebih mendalam ke atas nilai demokrasi berupaya dicapai. Dalam erti kata lain, keluasan litupan penyebaran maklumat menerusi kecanggihan teknologi maklumat tidak dapat dijadikan petunjuk kematangan nilai demokrasi jika masyarakat gagal untuk memahami makna di sebaliknya.
Kesimpulannya, teknologi komunikasi tidak akan berjiwa bebas secara sendiri dan ia bergantung kepada kesedaran masyarakat untuk mengurniakan riwayat demokrasi ke atasnya.Kita sebagai pihak pengguna sememangnya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan matlamat ini tercapai demi kesejahteraan bersama.Jikalau tidak, teknologi komunikasi khususnya televisyen dalam konteks filem “Good Night & Good Luck” hanyalah peti segi empat yang dipenuhi wayar dan ilusi cahaya sahaja.Sebelum mengundur diri, izinkan saya untuk memperkenalkan satu lagi filem yang turut memperlihatkan isu kebebasan media iaitu “Up Close & Personal” lakonan Robert Redford dan Michelle Pheifer yang diterbitkan pada tahun 1997 dengan harapan kita dapat menghayati kedua-dua filem ini bersama-sama satu hari nanti.
Sekian, “Good Night & Good Luck”.


Chang Swee Liang
11hb September 2008

Tuesday, September 9, 2008

Video Game dalam Demokrasi

Perkembangan permainan video dari hari ke hari semakin berkembang.Perkembangan permainan video ini sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin menguasai dunia pada hari ini.Namun begitu perkembangan yang pesat dalamteknologi permainan video ini ini telah melalaikan pengguna dalam mengetahui isu-isu semasa dalam negara dan luar negara.Hal ini kerana pengguna lebih berminat kepada permainan video ini dari mengambil tahu mengenai isu-isu semasa.Selain itu juga ianya memberi kesan kepada proses demokrasi apabila mereka menggunakan permainan video sebagai sebuah medium untuk melepaskan perasaan atau rasa tidak puas hati mereka.Hal ini juga telah menyebabkan mereka tidak menggunakan proses demokrasi seperti membuat perbincangan untuk menyalurkan suara hati mereka.
Keadaan ini bukanlah suatu keadaan yang sihat dalam melaksanakan proses demokrasi.Sebagai contohnya,terdapat permainan video iaitu Death or A Life(DOA) yang memaparkan keganasan yang ekstrim semata-mata yang boleh memberikan kesan negative kepada keadaan mental dan fizikal penggunannya. Selain itu juga terdapat sesetengah permainan video yang menggunakan watak pemimpin seperti Bush dan Osama Laden yang boleh memberikan imej yang negatif.Sebagai contohnya watak positif kepada Bush manakala watak negative untuk Osama Laden.Hal ini sekaligus telah memberikan kesan kepada pemikiran pengguna terhadap islam.Hal ini telah menyebabkan sekali lagi proses demokrasi ditolak dan tidak diterima.
Selain itu juga kemodenan teknologi telah menyebabkan lagu kebangsaan Malaysia iaitu Negaraku telah diubah musiknya dek kerana demokrasi.Mereka menggunakan perkataan demokrasi untuk meluahkan perasaan mereka terkhadap lagu.Namun keghairahan bdalam melakukan perubahan terhadap lag kebangsaan di bawah demokrasi telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia.Rakyat Malaysia menggangap lagu tersebut telah menjatuhkan maruah dan sekaligus telah mengnina lagu kebangsaa sendiri.Hal ini telah menunjukkan kemudahan tekologi telah disalahgunakan dibawah konteks demokrasi.
Selain itu juga,melalui industri perfileman pula dibawah konteks demokrasi juga digunakan sebaga sebuah medium untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka dan mereka bebas untuk melakukan apa sahaja.Kebebasan dalam berkarya ini telah menjadikan sesetengah pihak mengambil kesempatan terhadap kebebasan yangdiberi.Hal ini telah mennyebabkan para penonton akan mudah terpengaruhdengan perkara-perkara yang negative dan ini akan mudah tersebar.Semua ini adalah dibawah tiket demokrasi.

Saturday, September 6, 2008

Sekatan Malaysia Today dan Demokrasi

Kewujudan sistem demokrasi di Malaysia adalah untuk memberi hak kebebasan kepada rakyat Malaysia. Dalam teknologi komunikasi, rakyat boleh saling bertukar mesej dan pandangan masing-masing terhadap isu-isu terkini. Keadaan ini telah menyebabkan semakin banyak rakyat masyarakat yang akan menyertai dan aktif dalam proses komunikasi dan politik.
Teknologi komunikasi sepatutnya berkhidmat untuk masyarakat dan bertanggungjawab dalam memenuhi dan menerima kehendak masyarakat dan bukan didominasikan oleh pihak berkuasa. Tetapi dengan mengikut isu-isu terkini telah menyatakan bahawa ‘Malaysia Today’ yang diasaskan oleh Raja Petra telah disekatkan oleh kerajaan Malaysia (MCMC) pada 27th AUG 2008. ‘Malaysia Today’ telah dikutuk menyiarkan isu-isu yang sensetif dalam blog tersebut, barulah kena sekat. Sebenarnya, teknologi komunikasi adalah untuk membebaskan demokrasi tetapi di Malaysia, ia telah disekatkan di bawah Akta Undang-undang Malaysia. Menurut laporan berita, ia telah menyatakan bahawa tidak sesiapa yang boleh melanggar undang-undang di Malaysia. Ini telah menunjukkan teknologi komunikasi tidak ada membebaskan demokrasi. ‘Malaysia Today’ telah disekat, ia akan menghalangkan demokrasi di Malaysia pada masa yang akan dating.
Pada 31st Ogos, Lim Kuan Ying telah menyatakan penyekatan ‘Malaysia Today’ yang akan menghalang rakyat melayari laman web tersebut adalah menyalahi jaminan kebebasan bersuara di atas website an merupakan satu tindakan yang tidak berdemokrasi. MCMC patut membuka semula blog tersebut.

Selain itu, Dr. Mahatir juga bersetuju kepada ‘Malaysia Today’ dan mengatakan pihak Kerajaan tidak mematuhi perjanjian yang telah disetujui supaya tidak akan campur tangan dalam hal-hal internet. Jika keadaan ini tidak berubah, ini akan mengakibatkan rakyat tidak akan mempercayai Kerajaan Malaysia dan menimbulkan salah faham kepada kerajaan Malaysia. Pihak berkuasa harus mematuhi apa yang telah dijanjikan, seperti rakyat Malaysia perlu mematuhi undang-undang di Malaysia.

(oleh Tai Pei Qi & Si Yean Ming)

Friday, August 29, 2008

Teknologi komunikasi dan Demokrasi

Teknologi komunikasi dalam demokrasi dan politik?
Teknologi komunikasi sememangnya boleh dikatakan satu anugerah yang telah diberikan kepada pengguna dari sesebuah pihak penciptanya. Maka teknologi kominikasi dapat digunakan oleh semua pengguna tanpa mengira ras, umur, jantina dan segalanya.
Demokrasi mengikut laman web www.wikipedia/demokrasi mengatakan bahawa demokrasi didefinisikan sebagai satu cara pemerintahan yang telah diakui oleh semua orang dan ditentukan oleh rakyat . Pemerintahan ini melalui undian dan pilihan raya.
Pilihanraya bermaksud rakyat mempunyai hak untuk menentukan pemerintah yang akan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin di sesuatu tempat, negeri mahupun Negara.Pilihanraya ini dibuat secara sulit dan telah menggunakan undian.
Masih panas lagi denga topik pilihanraya yang baru-baru diadakan di Permatang Pauh semalam pada 26 Ogos 2008. Pilihan raya ini kebetulan diadakan pada hari bekerja, iaitu selasa, maka hanya terdapat di Pulau Pinang sahaja mempunyai cuti umum. Kebetulan beberapa hari sebelum pilihanraya, kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak anggaran RM0.15 .Maka mungkin dengan penurunan minyak, rakyat dapat meluaskan lagi perjalanan mereka tanpa merungut mengenai kenaikan harga minyak . Siapa tahu?
Teknologi komunikasi boleh digunakan dalam menyebarkan ideologi sesuatu pihak seperti parti politik. Penyebaran ideologi adalah untuk membujuk, mempengaruhi dan menyebarkan infomasi mereka kepada rakyat. Sekarang dunia semakin canggih. Terutama sekali dengan adanya internet yang hanya segala infomasi boleh di akses hanya dengan hujung jari sahaja. Pelbagai ideology sesuatu pihak boleh kita dapati dalam internet.
Personal blog, blog merupakan satu accountibily yang boleh diakses oleh semua orang. Empunya blog boleh menulis dan menyuarakan pendapat mereka dalam blog mereka dan semua orang boleh membacanya.. Hal ini seperti yang dikata oleh Habermas Internet telah mewujudkan satu ruangan yang membolehkan orang ramai mendebat dan mengeluarkan pandangan mereka (Public sphere). Tetapi disebaliknya, sesetengah blog mempunyai kata-kata yang boleh mengukuhkan hegemoni sesuatu pihak, ada juga yang memperagungkan pihak tertentu dan pro kepada seseorang pemimpin Maka dengan blog ini, tercetusnya ideologi dan juga boleh mempengaruhi pembaca yang membaca blog tersebut. Ada juga blog yang cuba memanipulasi sesebuah pihak dan juga menjatuhkan seseorang pemimpin. Kata-kata fitnah dan berita palsu selalu timbul dalam blog. Terdapat kes pada tahun lepas di mana terdapat empunya blog ditahan oleh pihak polis kerana telah dikesan menyebarkan dan cuba menjatuhkan nama seseorang pemimpin. Namun blog yang sering dikatakan personal kini tidak pula bebas.
Malah ketika saya menulis blog ini saya juga berhati-hati untuk menyusun ayat agar tidak melibatkan mana mana parti politik mahupun pemimpin. Oleh sebab internet telah mempunyai penapisan, maka blog juga mempunyai tahap menyuarakan pendapat. Hak untuk menyuarakan pendapat melalui blog juga kadang kadang sesetengah orang merasakan agak terbatas. Apa pendapat anda?
Laman web terlalu banyak dalam internet hal ini telah mempelbagaikan maklumat yang boleh diperoleh oleh orang ramai (diversiti). Jika anda dapati , sesetengah pihak cuba untuk mengukuhkan hegemoni dan menyebarkan ideologi mereka melalui laman web. Ada laman web yang cuba menyebarkan infomasi mengenai kebaikan yang mereka jalankan kepada rakyat. Ada juga laman web yang mengutuk sesebuah pihak dan cuba menjatuhkan sesebuah pihak. Namun terdapat juga strategi yang digunakan oleh sesuatu organisasi agar membataskan penggunaan internet ke atas sesuatu tempat agar pengguna internet tidak dapat melayari internet sepenuhnya. Terdapat juga institusi pengajian yang menyekat banyak laman web agar tidak dapat dilayari oleh pelajar. Adakah anda juga mempunyai masalah seperti ini?
Dunia media massa yang bertukar dari analog ke digital ini semakin diminati oleh semua. Banyak perkara boleh dikongsi dalam internet seperti pemaparan video kedalam YouTube. Anda sebagai pengguna internet dapat melihat pelbagai video yang dikehendaki dalam You Tube atau laman web yang lain. Maka sesetengah pihak menagambil kesempatan kebebasan ini untuk menayangkan kelemahan sesuatu pihak atau individu. Ada juga yang cuba menjatuhkan nama dan menyebarkan berita palsu.
Penggunaan sms dalam penyebaran maklumat terbukti dapat diterima semua orang. Dengan penyebaran maklumat melalui sms ini, penerimaan secara meluas terhadap golongan sasaran tanpa mengira kehendak penerima. Contohnya mesej yang diberikan secara rambang untuk dalam penyebaran berita, ganjaran kepada pengguna talian telefon bimbit.
Penggunaan teknologi ini digunakan secara meluas dalam memberikan maklumat kempen dalam pilihanraya. Contohnya dalam pilihanraya umum Malaysia ke12 yang lepas, pihak parti yang bertanding dalam pilihanraya telah memberikan mesej secara rambang dalam kempen melalui sms.
Penggunaan media massa juga adalah salah satu daripada contoh aksessibiliti yang dapat dilihat. Penggunaan media adalah penting dalam memanipulasi apa yang akan dikeluarkan kepada pengguna. Dalam pilihanraya kecil permatang pauh yang lepas, kita dapat melihat strategi kerajaan dalam menggunakan akhbar bagi berkempen untuk pilihanraya.
Jika kita melihat kembali kepada media cetak sekarang ini adakah ia menyuburkan lagi demokrasi dengan kemunculan akhbar-akhbar yang baru? Pernyataan ini boleh dipertikaikan kerana kewujudan media sekarang ini bukanlah diatas tangungjawab sosial mereka kepada masyarakat, tetapi lebih beorientasikan kepada kepentingan sesetengah pihak contohnya dimalaysia ini dimana kita melihat hampir kesemua akhbar harian lebih cenderung untuk memperjuangkan hak-hak dan nasib sesetengah pihak sahaja, baik di pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang.Adakah ini dikatakan demokratik?
Disaat kita menyambut kemedekaan yang ke 51, marilah kita bersama merenung kembali bahawa adakah kita ini benar-benar mempraktikkan sistem demokrasi dengan sewajarnya. Dengan halangan dan kekangan yang dihadapi, kesuburan demokrasi itu semakin hari semakin terhakis disebabkan oleh sesetengah pihak itu ingin mempertahankan apa yang mereka inginkan hatta dengan cara apa sekalipun. Kita mengambil contoh dalam pilihanraya yang terbaru ini, di parlimen permatang pauh, jentera kerajaan mengunakan sepenuhnya kuasa yang ada di tangan mereka demi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Dengan mengunakan akhbar-akhbar arus perdana yang dikuasai oleh mereka sama ada melalui pemilikan saham atupun melalui akta-akta yang digenggam oleh mereka, mereka menafikan hak pihak disebelah sana untuk mendapatkan ruangan yang sama adil dalam kempen yang dijalankan. Adakah akhbar kita berdemokrasi?
Semestinya tidak! Lihat kepada sejarah penerbitan yang berlaku dimalaysia ini. Buku The Malay Dilemma yang ditulis oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir yang ditulis pada 1961 diharamkan sehingga 1981 atas alasan mengandungi unsur-unsur yang tidak menyenangkan. Surat khabar mingguan Watan pula telah diharamkan pada 1987 selepas Operasi Lalang. Begitu juga dengan nasib Mingguan Bumi. Akhbar Harakah pula dihadkan kekerapannya daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan pada Mac 2000 dan tidak boleh dijual secara terbuka(kini boleh diterbitkan dua kali seminggu). Permit akhbar juga boleh ditarik dengan mudah kerana ia perlu diperbaharui setiap tahun. Ini semua adalah disebabkan Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar 1984.

Adakah teknologi yang terdapat dalam komunikasi ini betul-betul demokrasi? Tepuk dada tanyalah selera!