Wednesday, September 17, 2008

Adakah Teknologi Sahaja Memadai Membawa Myanmar ke Arah Demokrasi?

Teknologi membantu ke arah yang demokrasi? Memang tidak dapat dinafikan bahawa teknologi dapat membawa ruang yang lebih luas untuk memberi pandangan dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif. Tetapi adakah perkara ini berlaku di semua negara sama ada negara yang demokrasi, negara totalitarian ataupun negara sosialis. Apa yang menjadi hairan ialah walaupun negara yang demokrasi juga bukan semua laman web yang boleh dilayari. Selain itu, bagaimana pula dengan kawasan pedalaman yang tidak dapat akses kepada internet? Jika bukan semua tempat yang dapat mengakses kepada internet, sejauh manakah teknologi dapat memberi peluang kepada rakyat untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi? Hal ini telah menghalang kita untuk menuju ke arah yang lebih demokratik kerana tidak terdapat kepelbagaian pendapat dan tanggungjawab.

Negara Myanmar telah menghadkan penggunaan teknologi di negaranya sehingga perlunya lesen untuk memiliki komputer di negaranya. Jadi, di sinilah kita dapat melihat bahawa penggunaan teknologi adalah rendah di negara tambahan pula rakyatnya yang miskin adalah tidak mampu untuk membeli alat komunikasi. Oleh tu, hal ini boleh mengehadkan rakyat menuju ke arah demokrasi. Jadi, sesungguhnya dengan adanya teknologi, mereka juga tidak mampu bergerak ke arah yang lebih demokrasi kerana dikawal oleh pihak pemerintah tentera. Maka, dalam pergerakan ke arah yang lebih demokrasi di negara Myanmar, teknologi sahaja adalah tidak memadai.

Persidangan ASEAN turut mendesak kerajaan totalitarian itu untuk mempercepatkan pendemokrasian Myanmar. Rundingan telah dibuat, namun masih tidak terdapat keputusan dapat dibuat atas dasar-dasar yang tidak mencampuri hal dalaman sesebuah negara. Akan tetapi, masalah ini telah dibawa ke peringkat global iaitu PBB. PBB telah menghantar Ibrahim Gambari untuk membuat rundingan dengan kerajaan dalam proses pendemokrasian negara. Tetapi malangnya, kedua-dua rundingan tersebut turut mengalami kegagalan. Dan kini, United States dan United Kingdom telah berputus hubungan dengan Myanmar dan menyeru agar sekatan ekonomi ke atas negara Myanmar jika mereka masih enggan menyerahkan kuasa. Negara yang berdekatan dengan Myanmar seperti India, China, dan Thailand turut diseru mendesak kerajaan itu. Walaubagaimanapun, kerajaan itu masih berkeras kepala. Mengapakah sebuah negara itu semakin berani bertindak sedemikian walaupun telah didesak oleh banyak pihak terutamanya kuasa besar. Persoalan ini patut kita tahui. Adakah negara-negara lain yang sedang membantunya? Negara mana pula yang berbuat demikian?

Oleh itu, hanya berpadu teknologi sahaja adalah tidak dapat membantu negara Myanmar menuju ke arah demokratik. Institusi antarabangsa turut memainkan peranan dalam proses pendemokrasian di negara Myanmar.

No comments: