Friday, September 12, 2008

Political Apathy : Mengapa anda tidak mahu mengambil tahu

Apakah yang anda faham tentang demokrasi? Sejauhmanakah anda sudi melakukan sesuatu bagi melibatkan diri anda dalam demokrasi? baca suratkhbar? dengar berita? adakah ini cukup bagi anda mendakwa bahawa diri seorang mahasiswa dan mahasiswi USM yang ambil berat ke atas isu-isu negara?
Atau kami hanya biarkan pihak media ,ahli-ahli politik menyuapkan kami tentang apakah yang perlu kami tahu, apa yang kami tak perlu tahu dan biarkan mereka buat keputusan yang penting bagi kami?
Persoalan di sini adalah sejauhmanakah anda mengambil berat terhadap isu-isu politik dan melibatkan diri anda dalam political movement? Mengapa anda tidak mahu ambil tahu?
Di sini terdapat beberapa soalan
1) Adakah anda ambil berat terhadap isu-isu politik
2) Sekiranya ya, apakah yang lakukan?
3) Sekiranya tidak mengapa anda tidak mahu ambil tahu?
4) Apakah yang menyebabkan anda mempunyai perasaan ini?

Sila menjawab soalan di atas ……

2 comments:

Anonymous said...

saya percaya dengan membaca surat khabar,dengar berita adalah tidak memadai untuk kita "melibatkan diri" dalam politik negara! hal ini kerana kita sedia maklum semua berita yang disiarkan adalah ditapiskan untuk menjaga "keselamatan negara" yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Adakah kita mempunyai ruang untuk melibatkan diri dalam politik di luar sana sedang pemimpin selalu menggalakkan kita supaya belajar bersungguh-sungguh. Masa belajar bukan untuk berpolitik. Apatah lagi siswa siswi telah diikat dengan AUKU... Tidak dinafikan bahawa tidak kurang juga pelajar yang berani mengambil risiko itu. Tetapi lebih ramai lagi lebih selesa berdiam diri demi keselamatan diri. Bukan kami tidak mahu tetapi adakah kami mempunyai peluang? Tanpa satu pertubuhan yang kuat untuk melobi pihak pemerintah untuk mansuhkan AUKU, selagi itulah siswa tidak akan libatkan diri dalam politik...Berdiam diri tidak bermakna kita tidak aktif dalam politik cuma tiada ruang untuk meluahkanya! Namun dengan kewujudan teknogi telah sedikit sebanyak mengubah keadaan...

Anonymous said...

selagi AUKU masih berkuatkuasa, mahasiswa/mahasiswi akan terus mendiamkan diri. personally it's not something that i'm proud of. there is something completely wrong about this country but talking about it will cost too much out of my life. abolish AUKU!