Wednesday, August 6, 2008

Perbezaan Media Mainstream dan Media Baru

Media mainstream seperti akhbar dan tv selalu disekat oleh akta-akta dan undang-undang tertentu seperti akta mesin cetak dan penerbitan. Akta tersebut merupakan undang-undang yang mengawal perkembangan surat khabar. Kuasa sekatan ini telah diberikan kepada Menteri dalam negeri. Menteri dalam negeri mempunyai kuasa memberi permit, menolak permit dan menggantung permit penerbit. Keputusan Menteri adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah. Selain itu, permit ini perlu dipohon setiap tahun. Oleh itu, secara tidak langsung telah mencetuskan budaya tapisan sendiri di kalangan editor dan wartawan sendiri.
Selain itu, terdapat juga akta rahsia rasmi. Hampir semua dokumen kerajaan ditentukan sebagai rahsia rasmi negara demi melindungi keselamatan negara. Oleh itu, supaya tidak melanggarkan undang-undang banyak maklumat susah diterbitkan dan disebarkan kepada masyarakat.
Akta ISA yang digubal pada tahun 1960 ketika negara diancam oleh komunis tetap digunakan sehingga kini. Pertahanan tanpa bicara ini telah menyebabkan banyak ahli politik pembangkang, wartawan, pensyarah dan lain-lain ditangkap tanpa alasan.
Boleh didapati akta-akta dan undang-undang tersebut bukan sahaja digunakan sebagai peraturan yang menjaga kebajikan rakyat tetapi juga sebagai sesuatu batu penghalang bagi masyarakat demokrasi.
Selain itu, pemilik media juga akan menyebabkan media tersebut tidak adil dan menyebelahi pihak pemilik. Ini akan menyebabkan apa yang memberi kebaikan kepada pihak pemilik sahaja yang dimaklumkan. Hak rakyat yang igin mengetahui semua informasi dan kebenaran tidak akan wujub. Demokrasi susah dikembangkan dalam keadaan ini.
Pandangan optimis sering dimajukan dan dipopularkan dikalangan university Amerika syarikat dan juga university tempatan. Selain itu, pandangan optimis juga semakin wujub dalam media dan kerajaan. Mengikut Daniel Lerner dan Wilbur Schramm, tv dan radio pada masa dahulu cuma membawa kesan yang positif sahaja.
Kaitkan teori optimis dengan media baru seperti internet sering dimajukan pada masa kini. Keadaan ini telah menwujudkan satu media teknologi komunikasi baru, keadaan ini akan mengakibatkan masyarakat yang seimbang dan demokrasi. Tidak kira sama ada anda kaya atau miskin anda boleh juga dapat maklumat dengan mudah. Selain mendapat maklumat, masyarakat juga boleh melayari website dan blog yang terdapat di internet. Akses ini telah memberi peluang kepada semua rakyat untuk membincang secara bebas. Ini adalah kerana internet tidak dikonkong oleh undang-undang dan sesiapa juga boleh melibatkan diri dalam internet.
Tidak boleh memastikan demokrasi mesti akan wujud dalam internet tetapi apa yang boleh dipastikan ialah peluang dan hak-hak telah diberikan kepada masyarakat. Semakin banyak orang melibatkan diri dan memberi pandangan ia tentu akan menghasilkan satu tekanan kepada pihak pemerintah dan akhirnya dasar-dasar tersebut mungkin akan memberi kesan. Masyarakat mempuyai hak untuk memantau dan berperanan ‘check and balance’ supaya lebih demokrasi.
Berdasarkan keadaan Malaysia kini, seperti pilihan raya yang telah diadakan pada 8th Mac. Jeff Ooi sebagai parti pembangkang, beliau telah membina satu blog untuk menyuarakan pendapat diri dan juga menggalakkan orang lain sentiasa menyuarakan pendapat sendiri di atas blog. Melalui blog, pengguna dapat mengetahui pendapat yang datang dari perspektif yang berlainan. Selain itu, ini merupakan satu peluang bagi rakyat melibatkan diri dalam politik. Ini agar rakyat membawa sikap adil untuk menentukan sesuatu dan tidak hanya mendengar satu pihak sahaja, mereka dapat lebih memahami fikiran dan objektif parti-parti lain. Setelah dapat mendengar idea yang berbeza, barulah senang menentukan sesuatu dengan lebih adil. Lagipun, terdapat ,masalah konflik, pengguna blog boleh menjelaskan konflik tersebut dengan melalui blog.
Free Media merupakan satu media baru, tujuannya ialah membekalkan satu ruangan kepada semua orang untuk memberi idea sendiri dan mengetahui maklumat terkini. Ia adalah satu akses bagi orang tahu maklumat hangat, golongan kaya atau miskin pun mempunyai kebebasan ini. Contohnya, Merdeka Review dan Malaysia Kini.
Masyarakat Madani juga dikenali sebagai Silvir Society. Ia merupakan satu badan bukan kerajaan(NGO). Contohnya, Suhakam dan Suaram. Masyarakat Madani ingin mencapai ‘ Check and Balance’. Oleh kerana, apabila terdapat sesuatu berita baru muncul, tetapi mesti ada sebahagian rakyat akan berasa tidak berpuas hati dan cuba membuat tindakan untuk menggambarkan mereka tidak bersetuju dengan isu tersebut. Ini telah jadi satu tekanan kepada pihak pemerintah dan perlu diselesaikan dengan secepat mungkin.
Dengan melalui blog, terdapat idea-idea yang berbeza akan muncul, pengguna-pengguna akan mengambil peluang ini untuk membincang isu-isu terkini dan saling menukar idea di antara mereka, supaya demokrasi dapat dibangkitkan melalui ini.
(oleh: Tai Pei Qi & Si Yean Ming)

No comments: