Wednesday, August 6, 2008

Revolusi Perindustrian

Sebelum berlakunya revolusi perindustrian, masyarakat Eropah mengamalkan sistem feudal dimana raja berkuasa mutlak. Raja akan memberi tanah kepada golongan Vassal dan aristokrat. Sebagai balasannya, golongan Vassal dan aristokrat ini akan memberikan raja atau pemerintah sumber tentera. Golongan Vassal dan aristokrat ini menjadikan golongan yang tidak mampu membayar sewa tanah kepada raja sebagai tentera. Hubungan antara raja, Vassal, aristokrat dan golongan bawahan ini sebagai saling bergantungan menjadikan raja yang berpengaruh akan sentiasa di atas manakala golongan bawahan akan selalu ditindas. Golongan bawahan ini akan sentiasa di tindas kerana pengaruh mereka yang kecil hierarki masyarakat.
Ekoran kuasa pemerintahan raja yang kuat, media massa pada masa itu khususnya akhbar telah di kawal dan dipengaruhi oleh golongan pemerintah terutamanya raja atau golongan pemerintah. Media massa telah digunakan untuk menyebarkan propaganda. Contohnya, pemerintah seperti Stallin dan Mussolini telah menggunakan media massa sebagai medan propaganda semasa Perang Dunia Pertama (1914- 1918), Hitler dan Churchill dalam Perang Dunia Kedua (1939-1945) dan Perang Dingin (1947-1989). Oleh itu, wujud pengaruh yang kuat oleh pemerintah ke atas media yang telah menyebabkan tidak berlaku perkembangan pada zaman kegelapan atau Zaman Renaissane. Media massa pada masa tersebut tidak berperanan sebagai medan demokrasi sebaliknya hanya sebagai alternatif kepada mereka yang berpengaruh. Pemilikan media massa adalah di kawal oleh pemerintah menyebabkan fungsinya terbatas.
Pada abad ke-19, telah berlaku Revolusi Perindustrian yang mana sistem feudal tidak lagi digunakan sebaliknya telah digantikan dengan sistem kapitalis ataupun pasaran bebas. Bermula dari sinilah penggunaan media massa telah berkembang. Media massa tidak lagi digunakan untuk menyebarkan propaganda sebaliknya melalui sistem kapitalis ini telah mendorong media massa terutamanya akhbar untuk berebut- rebut mengaut keuntungan dengan menyediakan perkhidmatan periklanan sebagai sumber utama. Akhbar juga turut menarik audiens melalui perbincangan yang remeh yang berbentuk hiburan seperti seks, keganasan dan tahyul sehingga membimbangkan golongan akademik yang menganggap genre seperti itu boleh mempengaruhi pemikiran golongan massa. Pemilikan tidak lagi di pengaruhi oleh golongan atasan sebaliknya bebas kepada sesiapa sahaja yang mampu. Hal ini menyebabkan pengaruh golongan atasan terutamanya pemerintah beralih arah kepada golongan baru yang dikenali sebagai bourgeois. Melalui kebebasan pemilikan dan tiada kawalan oleh mana- mana pihak, telah membawa kepada proses demokrasi. Buktinya, dengan wujudnya akhbar versi baru ini telah membawa kepada perbincangan atau forum bagi membincangkan sesuatu isu. Pada tahap ini juga akhbar bukan sahaja di baca oleh golongan aristokrat tetapi turut di baca oleh kelas pekerja.
Selain perkembangan teknologi komunikasi massa, revolusi perindustrian juga membawa kepada perkembangan sektor perkilangan. Masyarakat massa tidak lagi bergantung kepada golongan atasan sebaliknya sudah mampu untuk bebas dari kepompong pergantungan. Melalui sistem kapitalis juga, semua masyarakat berhak untuk menentukan kehidupan mereka dengan kata lain mereka yang susah sudah boleh mempertingkatkan taraf hidup mereka. Ekoran daripada perkembangan yang pesat dalam sistem kapitalis ini yang amat menekankan demokrasi telah menjadikan masyarakat massa bebas.
Perkembangan dalam teknologi media massa dan sektor perkilangan ini telah membawa kepada urbanisasi atau pemodenan. Antara yang dapat dilihat melalui urbanisasi ini perkembangan bandar iaitu munculnya banyak bandar- bandar baru dengan kemudahan yang serba lengkap seperti penyediaan sistem pendidikan, kesihatan dan lain-lain bagi kemudahan penduduknya. Ekoran banyaknya kemunculan bandar- bandar baru serba sedikit turut membawa kepada masalah sosial seperti vandalisme dan gengsterisme. Selain itu sudah wujud pemusatan decision-making yang semakin kompleks dan sistem komunikasi antarabangsa. Politik juga semakin berkembang melalui kuasa mengundi yang diberikan kepada masyarakat massa terutamanya kelas pekerja. Kesannya masyarakat massa lebih tertarik kepada sistem kapitalisme yang di bawa oleh bourgeois berbanding sistem terdahulu iaitu sistem beraja.
Masyarakat massa pada masa itu,sudah mula belajar berfikir dan mempertahankan hak mereka. Media massa sebelum berlakunya revolusi perindustrian telah dikuasai dan hanya dibaca oleh golongan atasan iaitu aristokrat dan pemerintah. Namun, selepas berlakunya revolusi perindustrian agensi media massa tidak mensasarkan audiens hanya pada golongan atasan malahan meluaskan pengaruhnya dengan mensasarkan kepada golongan masyarakat massa bagi mengaut keuntungan maksima.
Perkembangan media massa juga turut membawa banyak kebaikan kepada masyarakat massa terutamanya perkembangan kepada sistem pendidikan dan perbahasan. Namun pada perspektif lain media massa juga di lihat sebagai negatif melalui beberapa pandangan. Pandangan awal perkembangan media massa terhadap masyarakat massa boleh di lihat dalam empat pandangan yang utama iaitu Elitist Konsevatif, Liberal Pluralist, Frankfurt School dan Radikal Optimis.
Elitis Konservatif yang terdiri dari pemikir-pemikir seperti Nietzsche, Leavis dan lain-lain telah mengkritik masyarakat massa kerana telah merosakkan sistem tradisi yang sedia ada. Meraka berpendapat bahawa stratifikasi haruslah mengikut hak keturunan dan tidak boleh di ubah oleh orang luar. Masyarakat massa telah menjadikan media massa sebagai tempat untuk mendapatkan informasi yang seharusnya di peroleh daripada golongan berpendidikan kerana berpendapat golongan ini lebih berpengetahuan daripada golongan media massa. Kesannya, budaya tinggi telah terancam ekoran daripada pengaruh yang dibawa oleh media massa. Golongan Elitist Konservatif ini rata-rata terdiri daripada pro kepada golongan bangsawan ataupun aristokrat yang anti kapitalis.
Golongan kedua terdiri daripada fahaman Liberal Pluralist. Golongan ini telah menyokong sistem kapitalis dan mengkritik Frankfurt School. Mereka berpendapat bahawa masyarakat post-industrial lebih baik kerana kapitalisme memberi peluang kepada semua golongan dengan pengenalan kepada liberal demokrasi sosial pluralism dengan menjadikan sebuah masyarakat maidani yang kuat. Struktur kuasa diagihkan menjadikan tiada konflik antara kapital dan pekerja berlaku.
Bagi Frankfurt School pula, fahaman ini telah melahirkan pemikir-pemikir seperti Mills, Adorno dan Horkheimer yang berpendapat bahawa media massa telah menyebabkan masyarakat massa sebagai populasi yang pasif dan atomised iaitu terlalu bergantung kepada media massa. Kesannya, berlakunya kejatuhan institusi yang kuat dan indipendant serta menyebabkan media massa semakin mendominasi. Manakala pemikir-pemikir dari Radikal Optimis seperti Marx, Althusser dan Gramsci mengatakan bahawa media massa boleh ditransformasikan melalui eksploitasi kuasa dan ideologi. Namun perkara tersebut mustahil berlaku kerana sistem kapitalis mengamalkan demokrasi yang mana semua aspek bebas tanpa dikongkong oleh mana-mana kuasa.
Kesimpulannya, melalui revolusi perindustrian ini kita telah melihat perkembangan dalam masyarakat massa yang tidak lagi di tindas oleh golongan atasan dalam masa yang sama ekonomi mereka juga turut meningkat. Perkembangan dalam media massa pula telah membawa kepada proses demokrasi di mana semua orang berhak berada di atas, semua orang juga berhak berada di bawah. Semua itu bergantung kepada diri individu itu sendiri. Perkembangan teknologi pada masa tersebut telah membawa kepada demokrasi. Tetapi persoalan yang timbul pada benak saya sekarang adalah adakah teknologi terkini meningkatkan proses demokrasi dalam negara kita seperti mana yang berlaku di Eropah semasa berlakunya Revolusi Perindustrian???? Sama- sama kita fikirkan.


Disediakan oleh :
Norafiza Jaafar
Fara Nurul Amirah bt Mustaffa

2 comments:

Anonymous said...

thanks for the posting. im carl, fist year communication. thanks for senior info. really help alot.

Anonymous said...

Thank you so much sis..ur article helped me alot 4 ma asgmnt...10q again...but can u tel me where i can quote tis all???plz..